Monday 28 October 2013

Nak Gemuk?

"Adakah anda terlalu kurus dan ingin menambah berat badan? adakah anda telah mencuba pelbagai cara menggemukkan badan? masih tak berjaya?




FAKTOR ANDA TAK BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN

1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

2) pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

Adakah saya telah berusaha untuk tambah berat badan sebelum ini? YA! saya telah menghabiskan ratusan ringgit dengan membeli produk- produk weight gain yang ada di pasaran tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan.

Set Weight Gain

Meal Shakes
  Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea





















Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex





















Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

SMS : 011 - 2908 6707
Emel : sihat1man@gmail.com

FB: sihat1man


Healing Crisis

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 



A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:



Krisis Penyembuhan  Penerangan / Penyebab 


  • Sakit kepala yang melampau. Tekanan darah tinggi. Petanda menyahtoksin.
  • Demam, tidak cukup rehat. Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.
  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan  usus, najis berbau, air kencing berbau. Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
  • Kembung perut. Sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir. Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan.
  • Penghasilan lendir seperti selsema, kahak. Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.
  • Pendarahan Hidung. Mungkin petanda bagi kekurangan darah.
  • Rasa sakit pada otot dan sendi.  Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit.
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian. Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah.
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif. Sistem saraf yang lemah.
  • Kitaran haid yang tidak menentu. Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
  • Perubahan waktu kitaran haid. Kegatalan 
  • pada alat sulit, penghasilan lendiran yang  banyak
  • Lapar, Pening. Tekanan darah rendah, anaemia
  • Loya, sembelit, tersedu. Sistem hadaman yang lemah, masalah hati.
  • Edema (membengkak). Masalah buah pinggang.

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

SMS : 011 - 2908 6707
Emel : sihat1man@gmail.com
FB: sihat1man

Sunday 27 October 2013

Senarai Penyakit dan Cadangan Suplemen

Assalamualaikum W.B.T

Entry kali ini adalah mengenai penyakit dan cadangan suplement shaklee yang digunakan. Walaubagaimanapun, perlu saya tegaskan di sini bahawa, di bawah adalah senarai penyakit yang biasa kita dengar dan vitamin dan mineral yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan konsultansi dari pakar (doktor) terlebih dahulu sekiranya menghadapi masalah serius. 

Vitamin Untuk Student

Assalamualaikum W.B.T

Entry saya kali ini adalah set vitamin untuk student. Actually saya mendapat idea untuk menulis mengenai entry ini selepas mendapat panggilan daripada adik saya yang akan menghadapi peperiksaan mengenai suplemen untuk student.

Sebenarnya nak berjaya bukan bergantung kepada usaha belajar dan fokus kepada pelajaran semata. Banyak aspek lain yg boleh diambil kira contohnya cara permakanan pelajar itu sendiri. Jangan pandang mudah dalam hal ini!

Sebagai contoh seorang pelajar yg lupa atau sengaja tidak breakfast akan mengalami kehilangan nutrien dan akan mengantuk di dalam kelas disebabkan tiada sumber tenaga yang dapat dicernakan. Fokus mula terganggu dan menjejaskan pembelajaran.


 Makanan tambahan atau vitamin untuk pelajar memang penting dalam menyediakan para pelajar lebih sihat dari aspek menyeluruh iaitu luaran dan dalaman.

Okaylah, mari kita tengok apa yang Shaklee tawarkan kepada golongan pelajar ini.

Mealshake

Sangat bagus sebagai sarapan pagi kerana ia mengandungi nutrien lengkap untuk memberi khasiat kepada pelajar.
Ibu-ibu yang kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan boleh memberikan Mealshake kepada anak mereka menu sarapan pagi.

Omega Guard


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 

Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin
Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain.

Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Bagi mereka yang berminat, saya boleh menyediakan set di atas dalam bentuk Pek Mini jika anda mempunyai bajet terhad. Jika ingin dikongsikan untuk 2-3 orang anak, lebih baik anda membeli full pack kerana lebih jimat dan berbaloi..

Untuk info, OmegaGuard boleh diambil oleh si anak kecil seawal usia 1 tahun tapi perlu dapatkan konsultasi daripada saya untuk dos yang sesuai.

InsyaAllah, pengambilan vitamin yang konsisten akan membantu pelajar dan anak kita lebih  sihat tubuh badan sekaligus mencapai kecemerlangan akademik.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

SMS : 011 - 2908 6707
Emel : sihat1man@gmail.com

FB: sihat1man

Milk Boaster Untuk Ibu Bertenaga & Anak Sihat

Assalamualaikum W.B.T

Entry kali ini nak cerita pasal penyusuan. Selepas melahirkan anak perkara yang selalu membelenggu para ibu terutamanya ibu baru adalah penyusuan. Mampukah kita menyusu anak @ cukupkah susu kita untuk anak? Insyaallah perkara ini akan dapat diatasi selagi ibu mempunyai keyakinan dalam meyediakan susu terbaik untuk anak.

Apakah vitamin penting untuk ibu menyusu?

"Kenapa susu saya tak pekat? 
"Penatnya saya, sejak breastfeeding ni saya selalu cepat letih."

Ini Jawapannya:

Hari ini saya nak sharing bagaimana menghasilkan susu ibu yang penuh nutrisi, pekat dan menggiurkan. Ibu menyusu  mesti mengekalkan momentum tenaga dan diri untuk cergas dan sihat. Tambahan pula ibu menyusu bukan sahaja berkhidmat untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak dan suami. Maka tidak hairanlah ibu-ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri luaran dan dalaman demi menjayakan misi 3 dalam 1 ini. 

Untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga ibu menyusu boleh mengambil vitamin sebagai makanan tambahan atau booster. Teorinya senang sahaja. Ibu sihat maka susu yang dihasilkan juga sihat. Susu yang dihasilkan bkan sahaja sihat malah menjadi penuh nutrisi, pekat dan menggiurkan. 


sebelah kanan susu ibu dengan amalan vitamin

Set Vitamin Kesuburan Wanita

Assalamualaikum W.B.T

Entry kali ni nak bercerita tentang set vitamin kesuburan Shaklee. Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata.  

Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pujian harus diberikan kepada mereka yg tidak kenal erti berputus asa. Usaha dan berdoa kepada Allah mesti berterusan!

Saturday 26 October 2013

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?


Assalamualaikum W.B.T

Entry pada hari ini mengenai produk shaklee ialah OMEGA GUARD. Apa itu omega guard? Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA

  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA

  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan